Ratusan Bekumpul Di Inanam Untuk Dapatkan Sayur Percuma

Foto Facebook

KOTA KINABALU: Ratusan orang sanggup berbaris panjang di pekan Inanam, di sini, pagi tadi, semata-mata untuk mendapatkan sayur percuma.

Keadaan itu juga mengakibatkan kesesakan orang sehingga kebanyakan mereka tidak mempedulikan keselamatan dengan tidak mengambil kira langkah penjarakkan sosial.

Bantuan agihan bekalan sayur yang dipercayai dari Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam itu disampaikan di empat lokasi bermula pagi tadi.

Foto Facebook

Kejadian berkenaan juga tular di laman sosial sehingga menimbulkan kecaman daripada orang ramai.

Acara pemberian berkenaan bagaimanapun hanya berlanjutan selama kira-kira dua jam dan orang ramai yang menerima sumbangan juga terus pulang ke rumah masing-masing.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, jumlah orang awam yang terlalu ramai berkumpul dalam acara sumbangan itu membimbangkan kerana ia berpotensi menyebabkan penularan wabak Covid-19.

“Susulan insiden itu, kita mengarahkan sepasukan anggota untuk memantau mereka.

“Polis juga mengarahkan kesemua penerima bantuan itu balik ke rumah selepas mendapat bekalan sayur yang diagihkan.

Menurutnya, semua pihak supaya mematuhi pelaksanaan PKP dan tidak berhimpun bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19. – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *