Covid-19: 5 Kes Positif & 12 Sembuh Dibenarkan Pulang Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Lima lagi kes positif Covid-19 dicatatkan di Sabah hai ini, , menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 285 kes.

Menurut statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Phoon, peningkatan kes itu membabitkan tiga daerah.

Daerah terbabit ialah Keningau yang bertambah tiga kes lagi manakala Kota Kinabalu dan Kinabatangan masing-masing meningkat satu kes.

Pertambahan di Keningau itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini sebanyak 11 kes manakala Kota Kinabalu dan Kinabatangan masing-masing kini berjumlah 40 dan 19 kes.

Sehingga kini juga, Tawau kekal daerah tertinggi mencatat kes Covid-19 iaitu sebanyak 79 kes.

Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini adalam seramai 12 orang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 120.

Sementara itu, tiada kematian akibat wabak terbabit di Sabah, hari ini, dengan jumlah kes kematian kekal tiga iaitu masing-masing di Tawau, Tambunan dan Kota Kinabalu. – Berita Sabah

1299