UMNO Kalabakan Salur Bantuan Makanan Kepada Lebih 3,000 Penduduk Di 14 Kampung

TAWAU; 10 APRIL 2020 (Jumaat) – Lebih 3 ribu penduduk terjejas di kawasan Parlimen Kalabakan menerima bantuan bekalan makanan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Andy Muhammad Suriady Bandu berkata, bantuan berupa pek makanan harian itu kini memasuki bantuan fasa ke-4 dengan keutamaan diberikan kepada penduduk yang memerlukan seperti golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan dan program penyerahan bantuan kepada 14 buah kampung DUN Kukusan di Parlimen Kalabakan melibatkan 1-ribu 800-penerima.

Menurutnya, pihaknya juga menggerakkan seluruh jentera untuk mncapai kseluruhan golongan sasar dan berharap bagi mereka yang terputus bekalan makanan juga yang belum mendapat sebarang bantuan, boleh menghubungi pejabat umno ataupun ketua umno yang berdekatan.

Sementara itu, penerima yang ditemui menzahirkan ucapan terima kasih terhadap bantuan yang disampaikan sekaligus dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Menurut Suriady, sepanjang PKP ini, lebih 80 anggota jawatankuasa jentera umno dan sukarelawaan bertugas mengagihkan sumbangan bantuan makanan termasuk di pulau dan di kawasan pedalaman.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *