COVID-19: Sabah Catat 2 Kes Baharu, 1 Kematian, 9 Sembuh Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan dua lagi kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 untuk negeri ini sebanyak 250.

Tiga daerah yang mencatatkan kes tertinggi di Sabah ketika ini adalah Tawau dengan 67 kes, diikuti dengan Lahad Datu dengan 38 kes dan Kota Kinabalu dengan 35 kes.

Daerah Tuaran dan Penampang masing-masing mencatat satu kes positif baru manakala daerah lain seperti Sandakan, Kinabatangan, Beaufort, Kunak, Putatan, Kota Belud, Keningau, Sipitang, Papar, Tambunan, Ranau dan Semporna juga kekal tiada pertambahan kes.

Satu kematian membabitkan seorang bekas penjawat awam yang mempunyai kontak rapat kepada jemaah tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur turut dilaporkan pada hari ini.

Lelaki berusia 62 tahun itu mempunyai penyakit diabetis dan beliau meninggal pada pukul 8.20 pagi.

Mengenai kes pesakit pulih, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon berkata berkata terdapat sembilan pesakit yang telah dibenarkan pulang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 96 orang.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 70 kematian di seluruh Malaysia termasuk tiga kes kematian baharu yang dilaporkan hari ini.

KKM melaporkan 118 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 4,346 kes. Ia termasuk 1,828 kes yang sudah pulih.

Seramai 69 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 40 memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

1782