Sejak semalam, laman Facebook Berita Harian membuat kaji selidik mendapatkan pandangan pengguna-pengguna Facebook sama ada perlu atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan di negara ini.
Ketika artikel ini ditulis, Lebih 84% daripada lebih 200,000 undian dibuat bersetuju untuk PKP ini dilanjutkan manakala selebihnya memilih untuk tidak setuju.
PKP di Malaysia sudah memasuki fasa kedua selepas fasa pertama tamat pada 31 Mac 2020.PKP fasa kedua ini pula dijadualkan bakal berakhir pada 14 April 2020.
Keputusan sama ada PKP ini bakal dilanjutkan atau tidak, dijangka bakal diketahui selewat-lewatnya Jumaat ini iaitu hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 ini dilaksanakan.
PKP ini dilaksanakan di negara ini selepas jangkitan Covid-19 semakin serius dan ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan yang berlaku. Kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk duduk dalam rumah, kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun serta amalkan penjarakan sosial (Social Distancing) 1 meter ketika berada di tempat awam.
Warganet juga turut meninggalkan komen-komen di mana mereka bersetuju walau ada yang menyatakan keberatan kerana sudah lama tidak bekerja dan sebagainya.
Namun, demi keselamatan rakyat dan negara mereka berpendapat adalah lebih baik dilanjutkan tempoh PKP sehingga rantaian jangkitan sudah terputus.