COVID-19: Penghuni PPR Taman Harmoni Sandakan Tidak Dibenarkan Keluar

ACP Mohd Azhar berada di pintu masuk PPR Taman Harmoni mengetuai kawalan.

SANDAKAN: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni di Batu 3, Sandakan tidak dibenarkan keluar dari kawasan taman perumahan tersebut.

Difahamkan, langkah itu dilaporkan bermula jam 2 petang tadi ekoran terdapat mangsa dikesan positif di sebuah rumah di PPR berkenaan.

Dimaklumkan, lebih 2,000 penduduk menghuni taman perumahan berkenaan.

Foto Yang Tular Di Media Sosial

Tinjauan di lokasi PPR Harmoni mendapati, pasukan keselamatan tidak membenarkan  orang ramai memasuki lokasi itu kecuali penghuni sebenar taman perumahan terbabit.

Pada masa sama, penghuni yang ingin keluar dari taman berkenaan tidak dibenarkan sama sekali keluar oleh pihak berwajib.

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA, Angkatan Pertahanan Awam (APM),  Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis

Perbandaran Sandakan sudah berada di lokasi kejadian bagi melakukan kawalan.

Foto Yang Tular Di Media Sosial

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengetuai operasi kawalan berkenaan.

Namun, setakat ini pihak media belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak sama ada PPR itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengamal media yang berkumpul berdekatan pagar utama PPR Taman Harmoni masih menanti maklumat lanjut berhubung perkara terbabit.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada pihak media pada esok hari.

Pasukan keselamatan telah ditempatkan di lokasi pintu masuk PPR Taman Harmoni bagi membuat kawalan keluar masuk penduduk.- Utusan Borneo

17894