20,000 Keping Lagi Penutup Muka Dari China Untuk Sabah

Christina (kiri) bersama Liang berada bangunan MASkargo ketika menerima bantuan berkenaan.

KOTA KINABALU: Sabah sekali lagi menerima sumbangan unit penutup muka sebanyak 20,000 keping dari China menerusi Konsul General negara berkenaan di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, beliau menerima peralatan berkenaan di sini pada pagi Jumaat lalu.

“Kesemua penutup muka ini akan digunakan sepenuhnya oleh para petugas barisan hadapan dalam perkhidmatan perlu.

“Saya berterima kasih kepada Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Liang Caider yang sebelum ini turut menderma 170,000 keping penutup muka dan 1,000 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan 200 pasang ‘goggles’,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau juga menjelaskan kepada Liang bahawa Sabah memerlukan lebih banyak pencuci tangan antiseptik, serta PPE dalam usaha mengawal penularan jangkitan COVID-19 di Sabah.

570