Sekurang-Sekurangnya 66 Doktor Terkorban, Hampir 9,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali

Sebanyak lima lagi doktor dilaporkan maut di Itali akibat dijangkiti wabak Covid-19, menurut Persekutuan Doktor Itali pada Selasa.

Angka tersebut menjadikan keseluruhan jumlah doktor yang terkorban sekurang-kurangnya 66 orang sejak wabak itu bermula.

Manakala, 8,956 pekerja kesihatan dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 di mana merupakan peningkatan sebanyak 500 kes dalam beberapa hari yang lalu.

Menurut data terkini daripada worldometers, pada Selasa (31 Mac 2020), jumlah keseluruhan positif jangkitan di Itali telah mencecah 101,739 ribu dan 11,591 kematian direkodkan.

Sumber: CNNworldometers

2659