“Kita Masih Belum Kalah Dalam Perang, Tapi Belum Juga Memenanginya ” – Dr Noor Hisyam

”Kita masih belum kalah dalam perang menentang Covid-19, belum juga kita memenanginya,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, kerjasama setiap orang sangat diperlukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Oleh itu, beliau meminta setiap orang untuk terus berada di rumah, sentiasa mengamalkan langkah membasuh tangan dengan kerap dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain.

Setakat Selasa (31 Mac 2020), negara telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif jangkitan sebanyak 2,766 kes dan 43 kes kematian.

Manakala, jumlah keseluruhan mereka yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital adalah seramai 537 orang.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

531