Bomba Tawau Selamatkan Kanak-Kanak Terkunci Dalam Kenderaan

Kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan oleh pihak BBP Tawau.

TAWAU: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terkunci di dalam kereta, diselamatkan anggota Bomba di kawasan Taipan Jalan Kuhara, di sini.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau kira-kira jam 10.52 pagi semalam.

Sebaik menerima panggilan itu, sepasukan BBP Tawau digerakkan ke lokasi kejadian mengunakan jentera kecemasan FRT dan jentera EMRS bersama tujuh anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba II Roslie Suyut.

Menurut Komander Operasi, pasukan bomba bergegas menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas sebelum kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan.

Pasukan EMRS BBP Tawau seterusnya menjalankan rawatan awal terhadap kanak-kanak terbabit dan menyerahkannya kepada penjaganya sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.13 pagi. – Utusan Borneo

956