Dianggarkan 50 Doktor Di Itali Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Sekurang-kurangnya 50 orang doktor maut di Itali akibat koronavirus COVID-19, dedah Persatuan Doktor dan Dentist Kebangsaan Itali, (FNOMCeO).

Dari jumlah tersebut, 17 doktor terkorban adalah dari bandar Bergamo, lokasi paling teruk terjejas COVID-19 di negara itu.

Jumaat lalu, Itali mencatatkan kematian dalam tempoh 24 jam tertinggi di dunia dengan 969 kematian menjadikan jumlah kematian di negara itu lebih 3 kali ganda China dengan 9,134 kematian.

Menurut laman The Independent, petugas kesihatan di negara itu terpaksa berhadapan dengan tekanan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE). Mereka dikatakan hanya dibekalkan dengan topeng muka, uniform perubatan, sarung tangan dan jala rambut.

Kejadian ini boleh dielak jika petugas kesihatan diberi maklumat jelas dan dibekalkan PPE yang mencukupi termasuk pakaian pakai buang serta visor perlindungan, kata presiden FNOMCeO, Filippo Anelli.

Tambahnya, doktor-doktor Itali dihantar ke medan ‘perang’ tanpa ‘senjata’.

Seramai lebih 7,100 petugas kesihatan di sana dilaporkan dijangkiti COVID-19, dihantar ke rumah untuk pulih dan disuruh masuk bekerja setelah sembuh dan ujian disahkan negatif.

“Bila petugas kesihatan dalam bahaya, kita dalam bahaya,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesusthe.

“Masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan kerjasama dan solidariti antarabangsa,” tambahnya.

Menurut beliau, hampir 2 juta PPE telah dihantar ke 74 negara oleh WHO, dan bakal dihantar ke 60 negara lain. Namun beliau mengakui lebih banyak bekalan diperlukan menghadapi krisis ini.

Sumber: The Independent

633