Kawalan Masuk Pasar Tanjung, Pasar Ikan Tawau Dikendali Pihak Trafik

TAWAU; 28 MARCH 2020 (Sabtu) – Susulan tular beberapa gambar dan video pergerakan kenderaan yang memenuhi kawasan parkir di Pasar Tanjong (UTC) dan Pasar Ikan Tawau, orang ramai dinasihatkan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar pergi ke pasar berkenaan bagi mendapatkan bekalan barangan keperluan, pada esok.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, pihaknya turut akan mengambil berat kawalan keluar masuk ke kawasan pasar berkenaan dengan dipantau pihak trafik dalam memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dipatuhi.

Katanya, pergerakan masuk kenderaan yang memasuki kawasan ruang lot parkir dikawal rapi dan mengikuti arahan anggota trafik bertugas.

Susulan itu, pihak berkuasa akan memantau dan mengawal jumlah bilangan orang yang akan masuk dan keluar di kedua-dua pasar tersebut.

Justeru, pihaknya mengharapkan agar orang ramai khususnya ketua keluarga yang memasuki Pasar Tanjong dan Pasar Ikan untuk memberikan kerjasama kepada petugas-petugas di kawasan berkenaan.

Keadaan di Pasar Besar Tawau kelmarin.

SumbeR: #BESTAWAUfm