Langgar Perintah PKP, 8 Ditahan Di Sandakan

SANDAKAN: Polis menahan lapan individu di tiga lokasi berasingan di sini, semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lapan individu itu ditahan petang semalam membabitkan lima orang di Kampung Forest, dua di Taman Merpati dan seorang lagi di pusat bandar Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd, Azhar Hamin berkata, individu yang ditahan di Taman Merpati turut disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Semua suspek dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan lanjut.

“Kita berharap masyarakat terus mematuhi arahan kerajaan dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19,” katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. – BorneoToday

2665