
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia menerusi siaran media yang dikeluarkan hari ini mengumumkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 28 Mac 2020 sehingga 3 April 2020.
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.74 seliter kepada RM1.68 seliter.
Manakala, harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.44 seliter kepada RM1.38 seliter.
Harga runcit diesel pula turun sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.68 seliter.