Terdapat Cubaan Masuk & Keluar Perairan Sabah Sepanjang Pelaksanaan PKP

LAHAD DATU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali tidak menafikan terdapat cubaan masuk dan keluar di perairan Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

“Sehingga kini, kira-kira 70 bot penugasan digerakkan setiap hari agar perairan tidak dibolosi sama ada keluar ataupun masuk.

“Sekiranya terdapat gerakan, mereka akan ditangkap tanpa menerima sebarang jenis alasan,” katanya.

Menurut Komander ESSCom Datuk Hazani Ghazali, usaha itu bagi menjayakan usaha Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencegah penularan COVID-19 yang dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyerahkan makanan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di tiga lokasi, di sini.

Turut serta Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Ketika ditanya kewujudan kes membolosi sempadan beliau mendedahkan, tidak dinafikan terdapat cubaan bot-bot hendak keluar dan masuk melalui perairan sempadan.

Katanya, sejak PKP dikuatkuasakan dilaporkan terdapat juga cubaan untuk membolosi perairan dan pasukan keselamatan yang bertugas tidak teragak-agak untuk menangkap dan mengambil tindakan undang-udang sedia ada.

SumbeR: Awani