Sabah Setuju SUKMA Ditunda

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersetuju agar temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor, Julai depan, ditunda ke tahun depan.

Temasya dwi tahunan itu sepatutnya dijadualkan pada 11 hingga 19 Julai depan namun Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican, hari ini, mengumumkan penundaannya ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, keputusan itu dimaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican, dalam mesyuarat Jawatakuasa Tertinggi SUKMA bersama Exco-Exco negeri lain yang dibuat secara ‘video conferencing’, hari ini.

“Saya mewakili Sabah bersetuju bahawa SUKMA Johor 2020 ditangguhkan ke tahun depan 2021,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, sebentar tadi.

Phoong turut berkongsi pengalamannya bermesyuarat secara atas talian yang disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Adalah satu pengalaman yang agak luar biasa mengadakan mesyuarat ‘online’ ekoran perintah kawalan pergerakan bagi menyekat penularan wabak #Covid19,” katanya.

Terdahulu, Phoong turut memberitahu seramai 350 hingga 400 atlet daripada Sabah akan bertanding di temasya yang sepatutya diadakan secara dwi tahunan itu.

Dalam perkembangan lain, semua atlet Sabah dinasihatkan supaya mengekalkan tahap kecergasan masing-masing walaupun terpaksa melakukan latihan di kediaman masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) ketika ini.

Phoong, sekiranya ada atlet yang tidak mencapai tahan kecergasan sepatutnya, pihaknya mungkin akan menilai semula penyertaan atlet dan jurulatih terbabit.

“Nasihat saya kepada semua atlet Sabah, teruskan latihan di rumah, disiplinkan diri untuk teruskan latihan yang telah diberikan oleh jurulatih masing-masing dalam tempoh PKP ini,” katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.

Phoong berkata, semua atlet negeri itu masih meneruskan latihan di rumah dengan mengikuti senarai program latihan yang disediakan jurulatih masing-masing.

“Saya juga menyarankan semua jurulatih agar terus memantau atlet mereka menerusi panggilan video bagi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata belum ada atlet Sabah yang disahkan menghidap Covid-19, namun pihaknya akan terus menjalankan pemantauan.

“Pasukan yang telah menjalankan latihan atau penyertaan kejohanan di luar negara sebelum ini juga telah dinasihatkan untuk ‘self- quarantine’ di rumah selama 14 hari,” katanya.

Berita Sabah

260