Ditangkap Jika Masih Degil

KOTA KINABALU, 26 Mac : Terdapat puluhan bot-bot kecil penduduk dari Pulau Gaya, Sabah cuba memasuki jeti Tanah Besar Kota Kinabalu lebih kurang jam 7:00 pagi tadi.

Bot ronda Maritim Malaysia yang terlibat dalam operasi Inter Agensi bersama PDRM telah berada di lokasi operasi pada jam 6:00 pagi tadi memaklumkan bot-bot kecil ini mula bergerak sebelum jam 7:00 pagi dengan tujuan membeli barang keperluan.

Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini telah mengeluarkan perintah agar semua aktiviti dari Pulau Gaya ke Tanah Besar Kota Kinabalu dan sebaliknya dihentikan secara total berikutan Pulau Gaya merupakan kawasan berisiko tinggi terkena jangkitan. Hanya mereka yang terlibat dengan Essential Service dan Essential goods sahaja dibenarkan beroperasi.

Daripada pemerhatian awal pagi tadi kelihatan warga tua, wanita dan kanak-kanak turut berada di atas bot, kebanyakan meraka memberi alasan yang tidak mendesak untuk mereka mendarat.

Mereka masih berdegil dan tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan kepada mereka.

Pihak berkuasa juga menghadkan kemasukan bot kepada empat bot sahaja dalam satu masa untuk mengelakkan berlaku kesesakan di jeti dan bagi meraka yang tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mendarat diarahkan berpatah balik.

Maritim Malaysia bersama PDRM dan RELA akan terus bertegas terhadap mereka dan meneruskan pemantauan. Operasi ini akan dijalankan pada setiap hari sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk menangkap mereka yang ingkar perintah ini.

SumbeR: Maritim Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *