COVID-19: Mangsa Maut Di Sepanyol Atasi Negara China

Keadaan di perkarangan sebuah hospital di Madrid. Foto AFP

MADRID: Angka kematian akibat koronvirus baharu (Covid-19) di Sepanyol meningkat kepada 3,438 orang pada Rabu, berbanding 738 orang pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan Sepanyol melepasi China dari segi jumlah korban. Negara itu itu di tangga kedua dalam jumlah kematian akibat Covid-19, selepas Itali.

Sebelum ini, media melaporkan lebih tiga bilion penduduk dunia kini menjalani perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan negara mereka.

Ia sebagai usaha mengelak ancaman wabak koronavirus yang sudah mengakibatkan lebih 20,000 kematian setakat ini.

Jumlah kematian itu membabitkan 182 negara di seluruh dunia dan dilaporkan lebih 450,000 individu dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres berkata, hanya kesepaduan semua pihak yang dapat menghentikan penularan wabak berkenaan.

“Covid-19 mengancam semua individu jadi kita semua perlu melawannya

“Tindakan dari sesebuah negara saja tidak memadai sebaliknya memerlukan kerjasama di peringkat global dan solidariti ke arah itu yang paling utama,” katanya. – AFP

473