
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang lebih menyeluruh.
“Kawan-kawan saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus-lumus menyediakan pakej tersebut yang akan berikan manfaat kepada semua.
“Sama ada anda adalah pemandu teks, Grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak dan pekerja harian, kerajaan akan cuba sedaya-upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat.
“InsyaAllah, tiada siapa yang berkecuali,” jelasnya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.
Sumber: RTM