Perintah Kawalan Pergerakan Disambung Hingga 14 April

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yangbaharu masih berlaku.

“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya orang ramai lebih bersedia.

Dalam pengumuman langsung di kaca TV hari ini, Muhyiddin berkata beliau memaklumkan pelanjutan tempoh itu lebih awal supaya orang ramai dapat bersedia.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

“Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi,” kata dalam pengumuman khas yang diseling-seli dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu

Berita penuh menyusul…