Harap Tuan Rumah, Tuan Kedai Bagi Diskaun Kepada Penyewa Untuk Ringankan Beban – Najib

Beberapa hari lalu, Bank Negara Malaysia telah memberi kelonggaran kepada pengguna susulan daripada wabak Covid-19.

Tujuan BNM untuk membantu rakyat yang kurang kemampuan semasa tempoh Perintah Kawlaan Pergerakan ini.

Seperti kiriman daripada bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak tentang peranan seorang tuan tanah atau pemilik premis supaya tidak membebankan rakyat.

Pendapat beliau adalah untuk pemilik premis mengenakan bayaran sewa balik dengan kadar yang rendah dalam tempoh krisis Covid-19 ini.

Kepada tuan-tuan tanah, tuan rumah, tuan kedai, tuan ofis, tuan shopping kompleks, tuan pemilik teksi dan lain-lain pihak yang mengutip sewa:

Saya faham bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing.

Namun, bank-bank sudahpun membenarkan bayaran ansuran ditangguh selama 6 bulan.

Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid ini.

Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini.

Jika tuan-tuan tendang keluar penyewa kerana tak bayar sewa pun, tiada pelanggan baru yang akan ganti sewa pada masa susah ini.

SumbeR: Najib Razak

332