COVID-19: 627 Kematian Dalam 24 Jam, Itali Catat Jumlah Kematian Sehari Tertinggi Di Dunia

Rom, 21 Mac: Sebanyak 627 lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Itali, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,032 kes.

Dalam laporan media antarabangsa, peningkatan kes kematian sebanyak 18.4 peratus itu merupakan pertambahan tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak penularan bermula sebulan lalu di Itali.

Khamis lalu, Itali mengatasi China menjadi negara paling banyak kematian akibat COVID-19. Malah, kes kematian di China tidak pernah mengatasi 150 kes sehari, lapor National Post.

Menurut Agensi Perlindungan Sivil, jumlah keseluruhan kes di Itali meningkat sebanyak 14.6 peratus, dari 41,035 kes kepada 47,021 kes setakat ini.

Sumber: National Post, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *