TERKINI: Tentera Akan Bantu Polis Bermula Ahad Ini – Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis untuk memastikan supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media perkembangan perintah kawalan pergerakan sebentar tadi.

Menurut Ismail, pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.

Berita Lanjut Menyusul…

7404