15 Petugas Kesihatan Positif Covid-19, 1 Di ICU

Seorang petugas kesihatan kerajaan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan di ICU selepas dijangkiti Covid-19.

PETALING JAYA: Dua belas petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga daripada sektor kesihatan swasta dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seorang daripada 12 kakitangan KKM itu kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini, bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sehingga 12 tengah hari semalam, 110 kes positif COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes terkini kes positif wabak, 900 kes. – BERNAMA

2215