TERKINI: 110 Lagi Kes Terbaru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba hari ini menerusi satu kenyataan yang memaklumkan bahawa terdapat 110 kes baru Covid-19 yang dilaporkan.

Keadaan ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes.

“Berdasarkan siasatan awal, 110 kes baru ini yang dilaporkan, sebanyak 63 kes adalah yang berkaitan dengan kluster dari perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

“Saya ingin memaklumkan bahawa sehingga kini seramai 20 orang kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan mereka memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa 15 kes positif Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ini menjadikan jumlah sembuh dan discaj sebanyak 75 kes.

Sumber: KKM / SiakapKeli

684