Lelaki Curi Telefon Bimbit Dikehendaki Polis

Suspek yang dikehendaki polis.

LAHAD DATU: Seorang lelaki yang terakam perbuatannya mencuri telefon bimbit dalam kamera lintar tutup dikehendaki polis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat suspek itu dikehendaki menghubungi polis di talian 089881255.

Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah premis di Bandar Wilayah Jasa kira-kira jam 12 tengahari kelmarin.

“Berpandukan rakaman, suspek berpakaian warna kuning itu mencuri telefon bimbit di kaunter premis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat suspek diminta memberi kerjasama dengan menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

722