Polis Berjaya Berkas Suspek Samun & Rompakan Bersenjata

Tawau, 13 Mac 2020 – Sepasukan anggota Polis IPD Tawau dari Balai Polis Bombalai/Pondok Polis Merotai/Brumas diketuai oleh Ketua Polis Bombalai telah membuat serbuan sekitar jam 1.20 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di perkampungan Tanjung Batu Tengah dan telah berjaya menangkap suspek yang disyaki terlibat kes samun/rompak bersenjata di sekitar Kampung Iban, Jalan Kuala Merotai, Tawau.

Ketika serbuan dibuat, suspek yang menyedari kehadiran polis cuba untuk melarikan diri namun tindakan pantas anggota polis yang terlibat dalam serbuan berjaya menahan dan menangkap suspek setelah berlakunya sedikit pergelutan. Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, suspek dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Pengakuan awal daripada suspek telah mengaku terlibat dengan kes samun dan rompakan bersenjata di sekitar Merotai. Hasil pandu arah oleh suspek sendiri, pihak polis berjaya menjumpai (1) bilah parang tidak bersarung dan sehelai baju yang digunakan oleh suspek semasa menjalankan kegiatan tersebut.

Suspek beserta barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

1062