Empat Kru Bot Terjun Laut Elak Ditahan

Bot yang dirampas APMM – Gambar APMM

KOTA KINABALU: Empat kru nekad terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri selepas aktiviti mereka ‘mengebom’ ikan di perairan Tanjung Tavajun, di Kota Kinabalu dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu, semalam.

Biarpun gagal menahan semua suspek, APMM merampas bot dan 50 kilogram (kg) ikan dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan dalam kejadian 6.40 petang sem

Ikan yang dirampas APMM – Gambar APMM

Pengarah APMM Sabah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, bot ronda maritim yang melaksanakan Ops Sejahtera dan Ops Naga Timur di sekitar perairan itu mengesan bot pam dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran bot maritim, bot dinaiki empat lelaki itu terus memecut laju. Ketika itu, kru bot pam dilihat membuang tali sauh ke laut dipercayai bahan letupan sebelum mereka terjun (ke laut) dan berenang menuju daratan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, bot pam itu mendapati tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

“Anggota APMM merampas 50 kg ikan. Bot pam dibawa ke jeti Zon Maritim Kota Kinabalu di Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985.

Menurutnya, aktiviti bom ikan bukan sahaja salah di sisi undang-undang laut malah merosakkan ekosistem.

“APMM akan terus melakukan operasi dan risikan bagi membanteras aktiviti berkenaan. Kita tidak kompromi dengan mereka yang mendalangi aktiviti berkenaan,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *