Pak Imam Mati Dibunuh

Mayat seorang imam yang mati dibunuh gara-gara masalah remeh.

JAKARTA: Hanya kerana tidak memaklumkan mahu membersihkan pembetung, seorang imam di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia dibunuh kejam.

Tribunnews melaporkan suspek yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Mayat seorang imam yang mati dibunuh gara-gara masalah remeh.

Suspek yang juga seorang peniaga ais, Hamzah Alias Kaspo, 34, dari daerah Magersari dikatakan tersinggung dengan mangsa, Achmadi Lias Mamok, 54.

Ia selepas imam itu tidak memaklumkan rancangannya mahu mencuci pembetung berhampiran kedai Hamzah.

Menurut keterangan saksi, mangsa menerima arahan dari ketua setempat supaya membersihkan saluran air di sepanjang pintu gerbang Gang II di daerah berkenaan.

Mayat seorang imam yang mati dibunuh gara-gara masalah remeh.

Mangsa didatangi suspek ketika sibuk membersihkan pembetung di pintu gerbang itu, jam 8 pagi.

Ketua Polis Sidoarjo Kota Kompol Supiyan ketika mengesahkan insiden berdarah itu berkata, suspek yang sedang marah mengambil kuku besi sebelum memukul kepala mangsa.

“Pelaku juga memukul mangsa menggunakan cangkul yang terkena pada bahagian belakang dan kanan kepala mangsa.

“Mangsa mati di lokasi kejadian,” katanya.

Polis menyita kuku besi dan cangkul yang digunakan suspek sebagai bahan bukti.- Agensi