Semua Acara Sukan & Program Belia Di Sabah Perlu Ditangguhkan

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menasihatkan penganjur acara sukan dan program belia yang membabitkan orang ramai perlu di tangguhkan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Menterinya, Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan berkata, penganjur acara-acara ini dinasihatkan agar mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

”Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada menyertai perhimpunan yang melibatkan orang ramai,” katanya.

Saranan menangguhkan acara sukan dan program belia itu dibuat berikutan pengesahan kes positif Covid-19 yang pertama di Sabah semalam.

Malah, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia juga menyarankan penganjur untuk menangguhkan semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

Phoong berkata, kerajaan Sabah sentiasa prihatin dan mendahulukan rakyat. Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negeri ini. – BorneoToday

7515