Muhyiddin Umum Kabinet 5 Petang Ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu, 11 pagi ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijangka mengumumkan barisan Kabinet itu pada 5 petang selepas mendapat perkenan Tuanku.

Pengumuman akan dibuat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8 di hadapan Al-Sultan Abdullah, susulan peletakan jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7 pada 24 Februari lalu.

Pengumuman jemaah menteri hari ini mengakhiri persoalan banyak pihak mengenai kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional selepas tumbangnya pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

2018