PM Selesai Menghadap Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara pada jam 12.35 tengahari selepas mengadap Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mempersembahkan senarai Kabinet baharu di Istana Negara, Kuala Lumpur. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara di sini sebentar tadi, selepas hampir dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pada jam 12.35 tengah hari tadi.

Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda bagi cadangan senarai nama jemaah menteri baharu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dijangka mengumumkan senarai Kabinet baharu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, jam 5 petang ini.

Pengumuman senarai nama Kabinet baharu itu dibuat sembilan hari selepas Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 24 Februari lalu. – Berita Harian

450