Orang Utan Albino Pertama Ditemui Di Borneo

Foto dikeluarkan oleh Yayasan Survival Borneo Orangutan menunjukkan orang utan albino pertama dunia yang hanya dikenali sebagai Alba, di hutan hujan Borneo. – Foto AFP

KATINGAN: Orang utan albino pertama ditemui hidup dalam keadaan baik di hutan hujan Borneo, selepas lebih setahun dibebaskan ke habitat asalnya, kata penyokong pemuliharaan.

Alba, orang utan bermata biru dan berbulu putih itu dibebaskan daripada kurungan pada 2017 selepas ia dijadikan haiwan peliharaan penduduk di sebuah kampung di Kalimantan, Indonesia.

Alba kemudian dilepaskan ke hutan bagi menjalani kehidupan liar pada akhir 2018.

Minggu ini, Yayasan Kelangsungan Orangutan Borneo berkata, Alba dilihat memantau tiga lagi orang utan yang dibebaskan ke kawasan berkenaan, baru-baru ini.

“Kita membuat kesimpulan bahawa Alba mampu hidup di hutan selepas dia dilihat tidak bergantung kepada bantuan manusia, selain mampu membuat sarang dan mencari makanan secara sendiri,” kata Pengarah Pemuliharaan Biodiversiti Kementerian Persekitaran, Indra Exploitasia.

Misi menyelamatkan Alba adalah antara berita positif jarang ditemui bagi spesis terancam susulan gangguan habitat akibat penebangan hutan bagi kerja pembalakan, kertas, kelapa sawit dan perlombongan.

Pekerja ladang dan penduduk kampung adalah antara golongan dilihat melakukan serangan ke atas haiwan kerana didapati mengganggu tanaman mereka. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *