WARISAN Nafi Perubahan Kerajaan Sabah

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN ) menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya adanya perubahan kerajaan di Sabah akibat daripada impak perubahan politik di peringkat persekutuan.

Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan hari ini berkata dakwaan itu adalah permainan pihak pembangkang semata-mata.

“Ini tidak benar dan ia adalah mainan pembangkang bagi mengurangkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli Parlimen WARISAN sentiasa berpegang kepada prinsip serta berintegriti tinggi dan setia pada perjuangan parti.

“Sokongan serta kesetiaan kami kepada parti dan kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak boleh dipersoalkan,” katanya.

Berita Harian

2569