Bantah Lantikan PM, Puluhan Berkumpul Di Sogo

Puluhan individu berkumpul di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo. Foto Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Puluhan individu berkumpul di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo dan kawasan sekitar jam 5.30 petang tadi.

Difahamkan, himpunan ini diadakan bagi membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Turut kelihatan di himpunan berkenaan adalah Bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan.

Setakat ini, beberapa individu sudah memberi ucapan berhubung bantahan pelantikan dan pembentukan kerajaan baru. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *