UMNO & PAS Sepakat Pilih Muhyiddin

Muhyiddin Mohd Yassin

KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS sepakat mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, gabungan Muafakat Nasional mempersembahkan nama Ahli Parlimen Pagoh itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO dengan 39 Ahli Parlimen dan PAS dengan 18 Ahli Parlimen bersetuju mencalonkan Muhyiddin.

“Bermakna seramai 57 Ahli Parlimen memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin,” katanya.

Sumber: Harian Metro

1250