PKR Sabah Bakal Berkubur?

Jaffari (tengah) mengisytiharkan keluar PKR.

LIBARAN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Libaran mendakwa PKR Sabah bakal dibubar.

Jaffari Waliam mengumumkan perkara itu selepas mengisytiharkan keluar dari parti berkenaan, hari ini.

Turut keluar bersama beliau seramai 3,144 ahli iaitu 23 ranting daripada 25 ranting PKR Libaran.

Jaffari berkata, keputusan itu sudah difikirkan sejak tiga hari lalu selepas hilang keyakinan terhadap presiden parti.

“Beliau terbukti gagal menguruskan parti dan hanya mementingkan kelompok tertentu serta meminggirkan yang lain terutama pejuang asal yang berkorban sepanjang 20 tahun.

“Dalam pemilihan parti yang lalu juga penuh cacamerba dan tidak telus dengan tujuan memberi kelebihan kepada segelintir calon penyokong presiden.

“Saya sendiri sebagai YB dilantik sering ditanya, macam mana mahu bantu rakyat jika parti kita bermasalah,” katanya di Pejabat PKR Libaran di Sandakan, hari ini.

Menurutnya, kepimpinan parti di cabang itu cacat dan terpaksa dibubarkan kerana tidak mencukupi anggota untuk membentuk cabang.

“Cabang Libaran memiliki ahli yang paling ramai di Sabah dan dijangka PKR Sabah akan dibubar tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

5027