‘Atuk Sedang Buat Sesuatu Untuk Negara’

Mat Sabu bermain bersama cucunya. – Foto FB Mat Sabu

“Saat ini atuk sedang berbuat sesuatu demi masa depan negara.”

Itu luahan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya.

Kapsyen disusuli dengan gambar beliau berkain pelikat mendukung cucunya menarik perhatian netizen.

Dalam hantaran sama, Mohamad yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata, pagi ini beliau diberi ruang bermain dengan cucu tersayang.

“Cucu keempat saya, merenung ke dalam matanya yang bersinar.

“Walaupun belum mengerti apa-apa, semoga dia akan mengenang saat ini atuknya sedang berbuat sesuatu demi masa depan dia dan negara,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro

674