Penyokong PKR Laung ‘Reformasi’ Sambut Ahli Parlimen Tiba

Ahli-ahli Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas dua tingkat. -Foto Harian Metro

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 30 lelaki daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul kira-kira 300 meter dari Pintu 2 Istana Negara pagi ini.

Kumpulan tersebut melaungkan ‘reformasi’ ketika menyambut kehadiran ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tiba di istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli-ahli Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas dua tingkat sebentar tadi.

Hari ini, baki 131 ahli Parlimen akan ditemu duga oleh baginda selepas 90 ahli Parlimen dari kumpulan pertama selesai berbuat demikian semalam.

Ahli-ahli Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas dua tingkat. -Foto Sinar Harian

Sumber: Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *