BEAUFORT: Tujuh beranak yang rentung dalam kebakaran di Kampung Lampijas, di Membakut, Beaufort, awal pagi tadi, sudah dikenal pasti.
Mangsa, Nadia, 25, dan enam lagi anaknya iaitu Nana Romel, 14; Aisa Romel, 13; Shasha Romel, 10; Danial Romel, 7; Faisal Romel, 5; dan Samasan Romel, 2.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kejadian 1.15 pagi membabitkan sebuah keluarga.
Semua mangsa yang ditemukan rentung dipercayai tidak dapat keluar dari rumah disebabkan gagal membuka pintu jeriji rumah yang berkunci.
“Tiga individu, masing-masing ketua keluarga berusia 34 tahun dan seorang anaknya serta anak saudaranya bagaimanapun selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mereka juga melecur di bahagian badan dan sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.
Sumber: Harian Metro