Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Hari ini tular di Twitter kata kunci “Anwar as PM” susulan pertemuan perwakilan Pakatan Harapan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Kesemua ahli parlimen dari PH dilaporkan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Hari ini Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan.

“Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.”

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini berkata, Anwar perlu diberi peluang sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sumber: Pakatan Harapan

1291