Beberapa Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

Perumahan setinggan Kampung Seng Kee, Sandakan, terbakar.

SANDAKAN : Beberapa rumah setinggan musnah dalam di Kampung Seng Kee, dekat sini, pagi tadi.

Beberapa penduduk juga maut dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tetapi identiti dan jumlah mangsa belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, anggota bomba sudah memadamkan api dan dalam proses meninjau kesan kebakaran.

Perumahan setinggan Kampung Seng Kee, Sandakan, terbakar.
4722