Penganggur Mengamuk Positif Dadah Jenis Syabu

Suspek mengamuk ditahan positif dadah.

SANDAKAN: Seorang penganggur ditahan oleh Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran selepas mengamuk di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Dandulit, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata pihaknyanya menerima maklumat mengenai seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai penagih dadah telah mengamuk kira-kira jam 10.30 malam.

“Inspektor Gafar Abidin yang bertugas di Komtek Kuala Gum-Gum bersama sepasukan daripada Kompeni B Batalion 20 PGA Beluran dalam Op Taring bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata pihaknya yang tiba di rumah terbabit telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta lelaki itu keluar berulang kali namun tiada jawapan.

“Pihaknya terus masuk ke dalam rumah tersebut melalui pintu hadapan dan secara tiba-tiba suspek telah memecahkan dinding kayu bilik belakang rumah.

“Suspek cuba melarikan diri namun lelaki tersebut berjaya ditangkap,” katanya.
 
Nasaruddin memberitahun semasa tangkapan dibuat suspek cuba melawan dan telah berlaku sedikit pergelutan waktu tangkapan dibuat. 

Beliau berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan tubuh dapati tiada menjumpai apa – apa barang yang salah. 

“Pihaknya menahan suspek kerana disyaki penagih dadah sebelum dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata ujian saringan awal polis terhadap air kencing suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Nasaruddin berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *