Orang Awam Temui Mayat Lelaki

TAWAU; 20 FEBRUARI 2020 (Khamis) – Mayat seorang lelaki dewasa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di batu 5 1/2 Jalan Apas, Tawau pagi tadi.

Berikutan itu, orang awam yang menemui mayat mangsa tampil menghubungi polis kira-kira pukul 7.25 pagi sebaik penemuan mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, mayat lelaki tersebut yang telah dikenalpasti dikenali sebagai Amir Bakasang berumur 51-tahun dipercayai meninggal dunia akibat mati mengejut (SDR).

Katanya, hasil siasatan di lokasi mayat mangsa ditemukan itu tidak menjumpai sebarang tanda-tanda yang mencurigakan dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah berikutan kematian lelaki berkenaan.

Mengikut pendedahan isteri mangsa, kali terakhir mereka bertemu iaitu pada lima hari lalu (15 februari) di rumah anak mereka di sebuah ladang yang terletak di Jalan Semporna ketika mangsa melawat cucu mereka yang baru lahir.

ACP Peter berkata, mayat berkenaan masih ditempatkan di kamar mayat hospital Tawau bagi menjalani proses bedah siasat yang akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Siasatan keatas mangsa masih dijalankan dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *