Koronavirus Ragut 1,350 Nyawa, China Rekod Lebih 242 Kes Kematian Baru

Pesakit wabak coronavirus dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Wuhan, Hubei. – Foto Reuters

BEIJING: Angka korban wabak coronavirus COVID-19 di Hubei yang paling teruk terkesan, melonjak seramai 242 mangsa, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Khamis.

Bilangan itu menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan di China kini melepasi 1,350.

Dalam maklumat kemas kini harian, Suruhanjaya Kesihatan Hubei turut mengesahkan 14,840 lagi kes jangkitan baharu.

Peningkatan besar itu direkodkan ketika pegawai tempatan memaklumkan bahawa mereka sedang memperluas definisi untuk kes COVID-19. – AFP

947