Tangan Hampir Putus Ditetak Larang Curi Buah Sawit

Lelaki yang disyaki menetak rakannya dan (gambar kanan) keadaan tangan mangsa yang cedera dalam kejadian di Lahad Datu. Foto Ihsan PDRM

LAHAD DATU: Lelaki hampir putus selepas ditetak dengan parang ketika yang melarang seorang lelaki mencuri buah kelapa sawit di Kampung Sinakut, Lahad Datu pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek dikatakan tidak berpuas hati apabila mangsa menegurnya kerana mencuri buah kelapa sawit milik keluarganya sendiri dalam kejadian pada 5.30 petang itu.

“Ketika mangsa berada di rumah suspek untuk berbincang mengenai perkara itu, suspek yang tidak puas hati dengan teguran itu terus menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

“Akibat tetakan itu, mangsa berusia 52 tahun parah di tangan kirinya dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nasri berkata, mangsa dilaporkan berada di dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di wad.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bersama anggota Balai Polis Desa Kencana menjalankan siasatan lanjut dan menahan suspek.

“Suspek berusia 25 tahun ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama pada 11.30 malam.

“Lelaki itu yang tidak mempunyai pekerja ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *