Lucinta Ditangkap Kes Dadah, Polis Bingung Tempatkan Lokap Lelaki Atau Wanita

Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna ditangkap polis Selasa lalu selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.


JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna ditangkap polis Selasa lalu selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Namun polis Indonesia kini bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

“Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan),” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Lucinta popular dengan lagu berjudul ‘Bobo Di Mana’. Penyanyi itu pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *