Mujur Dapat Juga kahwin

Solihin disatukan dengan Parmita, 6 Februari lalu. Foto Agensi

Pengantin baru menarik nafas lega apabila pernikahan yang dirancang dapat diteruskan walaupun tanpa majlis keraian kerana berada berhampiran lokasi pusat kuarantin koronavirus baharu.

Tribunnews.com melaporkan Solihin, 21, yang berasal dari Desa Kota Tua Penagih, Wilayah Natuna di Riau, ternyata gembira selepas hasrat memperisterikan Parmita, 20, tertunai pada 6 Februari lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Katanya, dia pada mulanya khuatir ia dibatal atau ditangguhkan, memandangkan lokasinya hanya 1.2 kilometer dari pusat kuarantin wabak berkenaan.

“Keluarga saya dan isteri sudah melakukan persiapan awal, malah keluarga isteri yang tinggal di luar desa juga sudah mula berkumpul untuk menghadiri pernikahan mereka.

“Saya memang bimbang majlis ditangguh atau dibatalkan kerana berhampiran dengan pusat kuarantin. Tapi akhirnya lega apabila majlis itu tidak mendapat sebarang halangan,” katanya.

Walaupun gembira sudah bernikah, Solihin tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila majlis resepsi perkahwinannya tidak dibenarkan berlangsung.

Demi keselamatan semua pihak, dia menerima keputusan itu dan tetap bersyukur sudah menikahi wanita dicintainya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *