Paraglider Parah Jatuh Pada Ketinggian 120 Meter

Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dibawa keluar dengan stretcher ke laluan utama sejuah 1km.

RANAU: Seorang pemain sukan luncur udara atau paragliding warga tempatan berdepan detik cemas apabila paragliding yang dinaiki terhempas dari ketinggian 120 meter, di sini petang tadi.

Paraglider lelaki, Didi Alwin, 25, dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dada dalam kejadian yang berlaku pada 2.33 petang itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ranau menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.33 petang sebelum mengerakkan sebuah jentera kecemasan FRT.

Lelaki berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dada apabila paragliding yang dinaiki terhempas dari ketinggian 120 meter, di sini

Operasi itu diketuai seorang Pegawai Bomba Kanan II Wasli Saupin dengan bantuan lapan anggota JBPM.

Menurut komander operasi,  paragliding itu terhempas akibat daripada angin kencang dan terdapat seorang mangsa, iaitu Didi Alwin mengalami kecederaan.

Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dibawa keluar dengan stretcher ke laluan utama sejuah 1km.

Mangsa diserahkan kepada pihak perubatan dan dihantar ke Hospital Ranau dengan menggunakan ambulans untuk tindakan susulan.

Insiden ini merupakan kejadian kedua selepas kes pertama pada 17 Januari lalu dimana, seorang paragliding warga tempatan dan seorang wanita warga China terjatuh dari ketinggian 15 meter ketika hampir mendarat di Kompleks Sukan Ranau.

Paraglider lelaki, Yusof Mamat, 48, dilaporkan terseliuh kaki kanan manakala, penumpang, Zhau Ting, 28, patah kaki kanan dalam kejadian berkenaan. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *