Koronavirus Ragut 871 Nyawa Di Hubei

Petugas perubatan berpakaian perlindungan merawat pesakit baru coronavirus di Unit Rawatan Intensif (ICU) hospital di Wuhan, wilayah Hubei, China. – Foto REUTERS

BEIJING: Jumlah korban akibat wabak coronavirus di Hubei meningkat sebanyak 91 kepada 871 kematian, setakat Ahad menurut Suruhanjaya Kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan melalui laman webnya pada Isnin.

Selain itu, sebanyak 2,618 jangkitan baharu dikesan di Hubei, menjadikan jumlahnya kini mencecah 29,631 kes di wilayah terbabit.

Kebanyakan kes kematian baharu berkenaan berlaku di Wuhan di mana virus itu dipercayai tercetus.

Wuhan melaporkan 73 korban baharu pada Ahad, meningkat berbanding 63 pada Sabtu. Sejumlah 681 penduduk di Wuhan meninggal dunia akibat virus berkenaan, setakat ini.

Kes jangkitan baharu disahkan di Wuhan meningkat sebanyak 1,921 pada Ahad berbanding 1,379 pada hari sebelumnya. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *